Sunday 27 November 2011

Latihan Pengukuhan

SOALAN OBJEKTIF


1. Apakah keputusan yang dipersetujui dalam
    rundingan kemerdekaan di London?

    I   Konsep Raja Berperlembagaan dikekalkan
    II  Agama Islam merupakan agama
        rasmi persekutuan
   III  Parti Perikatan akan memiliknegarakan
         Pelaburan British
   IV  Pelantikan sebuah suruhanjaya bebas untuk
         merangka Perlembagaan Merdeka

    A    I, II dan III
    B    I, II dan IV
    C    I, III dan IV
    D   II, III dan IV




& Empat wakil raja-raja Melayu
& Empat wakil Parti Perikatan

2. Kenyataan di atas berkaitan dengan :

    A    Rombongan Merdeka
    B    Penggubal Perlembagaan
    C    Anggota Suruhanjaya Reid
    D    Anggota Majlis Perundangan Persekutuan




 3. Apakah kandungan Perlembagaan Merdeka 1957?

     I    Pembentukan sebuah kerajaan kesatuan
    II    Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
    III  Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua Negara
    IV  Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan
         Tanah Melayu

   A    I, II dan III
   B    I, II dan IV
   C    I, III dan IV
   D   II, III dan IV




4. Apakah yang terkandung dalam pemasyhuran
    Kemerdekaan?

    I    Perlembagaan Persekutuan berkuat kuasa
         pada 31 Ogos 1957
   II   Penguasaan British ke atas Negeri-Negeri
         Selat terbatal
   III  Persekutuan Tanah Melayu menjadi sebuah
         Negara berdaulat
   IV  Persekutuan Tanah Melayu mengamalkan
         pemerintahan monarki
  
   A    I, II dan III
   B    I, II dan IV
   C    I, III dan IV
   D   II, III dan IV




& Menggubal sebuah Perlembagaan
      bagi  Persekutuan Tanah Melayu
& Menentukan kuasa kerajaan pusat
      dan negeri

5. Pernyataan di atas merujuk :

   A   Suruhanjaya Cobbold
   B   Suruhanjaya Reid
   C   Suruhanjaya PBB
   D  Jawatankuasa Antara Kerajaan

No comments:

Post a Comment